Friday, 10 April 2009

Lebuh raya km 148-149 tangkak- pagoh

Ada sorang hantar e-mail kat saya berkenaan lebuh raya antara km 148 - 149 dari tangak nak exit ke pagoh, jadi kepada sapa-sapa yang selalu berulang alik ke jb kl berhati-hati la ya. Sama ada betul atau tak cerita ni lebih baik kita berjaga.

Salam semua...
Bukan meminta simpati, sekadar peringatan untuk semua pengguna lebuh raya utara selatan...
Jam 1.50 Petang....
Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan dari KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM 148 kereta yang saya pandu tiba2 hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing didalam longkang besar di tepi h/way tersebut. Mungkin akan ada suara² nakal menyatakan saya memandu laju, mmg patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100km/j sahaja... Semasa itu yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu h/way tersebut... Alhamdulillah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain2 dibelakang.. .... dengan izin Allah side curtain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (VOLVO FOR LIFE) hehehehe
Jam 2.30 petang
Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna silver dari lane kiri didepan mata saya juga berpusing nampak macam gerak perlahan je semasa berpusing. Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah pada 60-70km/j sahaja... Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000- RM3000 sahaja, roda kiri hadapan serta fender kiri sahaja...... .... Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini?
Jam 3.20 petang
Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...
Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yg kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang kearah kami yg sedang berbual di seberang longkang. Dalam keadaan kucar kacir tersebut kami cuba lari dari arah kereta yg datang dan spontan terus melompat menyeberang longkang h/way tersebut. Keadaan kereta Honda tersbut agak teruk dan nampaknya body Honda ni ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun diberhentikan oleh pokok2 kecil seolah2 belukar diseberang longkang tersebut. Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa melompat.... ..
Jam 3.30 petang
Ketika kami membincangkan perkara2 yang perlu dilakukan selepas kejadian, tiba2 sebuah kereta Mercedes Benz S350 juga berpusing dan menghala juga ke arah kami nasib kami baik kerana kereta tersebut telah dihentikan oleh kereta Peugeot , jika tidak memang kami yg sedang berbual kena sapu dengan Merc tersebut.... ........ Peugeot - telah remuk belakang, tepi dan hadapan (total loss).. Malang nasib pak cik tu.... asal rugi 2k-3k terus total loss....
Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian... Jawapan bomba - Jalan raya tidak mempunyai minyak...... ......... ......... ... bomba terus pergi selepas tgk lokasi....... ......... .......?? ???
Persoalannya disini adakah betul diperkatakan bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan? atau, kecuaian dari PLUS yg tidak menyelenggara jalan dengan baik? atau, benarkah dakwaan penduduk tangkak bahawa KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? misteri? penunggu? entahlah.... mcm mana pun nasihat saya berhati2 lah dengan jalan tersebut.... ......... ......... ......... (sekian laporan saya) ;-)

Friday, 3 April 2009

jenis wali allah

Jenis Wali-Wali Allah
PEMBAHAGIAN WALI-WALI Allah

1. Al-Aqtab

Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai ertipenghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjatkewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebuthanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid AlBusthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yangmempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatantaqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'urRasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Azizdan Al Mutawakkil.

2. Al-A immah

Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai ertipemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapaidarjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yangpandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yangpandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad

Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai ertipasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang sajasetiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez diMorocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatanbumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

4. Al-Abdal

Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan.Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiapmasanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjagasuatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiapdaerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkantempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yangbernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdalyang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai iamenjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdalmendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar,gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

5. An-Nuqaba'

An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai ertiketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya adadua belas orang. Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengertisedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberipengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang.Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasibseorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah.Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampumengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allahtidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An-Nujaba'

An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai ertibangsa yang mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang.Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan parawali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah.Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorangwali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanyatidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun

Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai ertipenolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiapzamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akandi-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam sajayang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabdaNabi: "Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam". Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yangsetia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkatademikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjatwali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yangberani dan pandai berhujjah.